Tak, aku bukan tanya url blog yang kamu baca. Aku tanya tentang author blog yang kamu baca. Lebih spesifik, jantina apakah penulis blog (I totally mean PERSONAL blog here) yang kamu baca?
Penting ke jantina? Kalau kau tanya aku, akau akan jawab, 'penting'. Sebab apa? Sebab boyfriend aku, merangkap tunang aku (unofficial) tak bagi aku baca blog lelaki.
Ridiculous?
At first, I thought so too. Tapi bila fikir-fikir, I wouldn't want him to do the same thing. Maksud aku, aku tak nak dia baca blog wanita. Mari aku bincangkan sebab-sebabnya.
1. Hampir semua blogger (tak kira lelaki atau wanita) memberi impresi 'wow, penulis blog ni pandai.'
2. Ramai penulis yang berjaya menarik minat pembaca untuk jadi addicted kepada blog mereka. Sebab utama kepada perkara ni: Mereka adalah funny.
3. Kebanyakannya cantik, comel, putih belaka. Terutamanya penulis yang ramai pengikut.
4. Kaya, pergi melancong, masuk universiti, pointer tinggi dan sebagainya menambah lagi daya penarik mereka.
Oleh itu, sesiapa sahaja boleh terpikat dengan mereka. Aku tak mahu boyfriend aku jadi one of them (yang terpikat tu). Sebab tu, aku dah lama tak baca blog lelaki. Kalau ada orang suggest blog, katanya best. Aku bukak. Baca satu entri. Dua entri. Wow, best. Tup tup bila tengok penulis, LELAKI. Maka secara automatiknya aku akan tekan butang x. With a hope, my boyfriend would do the same thing when he encounters a woman's blog (though he never reads personal blogs).
Okay. End.
P/S: I am just the girl next door.
P/P/S: Please disregard any informative or news or gossip blogs for this post. Sebab blog informatif aku baca tak kira jantina.
No comments:
Post a Comment