Oct 11, 2010

Solat

Aku berazam tak nak tinggal solat.

Kamu baca blog siapa?

Tak, aku bukan tanya url blog yang kamu baca. Aku tanya tentang author blog yang kamu baca. Lebih spesifik, jantina apakah penulis blog (I totally mean PERSONAL blog here) yang kamu baca?

Penting ke jantina? Kalau kau tanya aku, akau akan jawab, 'penting'. Sebab apa? Sebab boyfriend aku, merangkap tunang aku (unofficial) tak bagi aku baca blog lelaki.

Ridiculous?

At first, I thought so too. Tapi bila fikir-fikir, I wouldn't want him to do the same thing. Maksud aku, aku tak nak dia baca blog wanita. Mari aku bincangkan sebab-sebabnya.

1. Hampir semua blogger (tak kira lelaki atau wanita) memberi impresi 'wow, penulis blog ni pandai.'

2. Ramai penulis yang berjaya menarik minat pembaca untuk jadi addicted kepada blog mereka. Sebab utama kepada perkara ni: Mereka adalah funny.

3. Kebanyakannya cantik, comel, putih belaka. Terutamanya penulis yang ramai pengikut.

4. Kaya, pergi melancong, masuk universiti, pointer tinggi dan sebagainya menambah lagi daya penarik mereka.

Oleh itu, sesiapa sahaja boleh terpikat dengan mereka. Aku tak mahu boyfriend aku jadi one of them (yang terpikat tu). Sebab tu, aku dah lama tak baca blog lelaki. Kalau ada orang suggest blog, katanya best. Aku bukak. Baca satu entri. Dua entri. Wow, best. Tup tup bila tengok penulis, LELAKI. Maka secara automatiknya aku akan tekan butang x. With a hope, my boyfriend would do the same thing when he encounters a woman's blog (though he never reads personal blogs).

Okay. End.

P/S: I am just the girl next door.

P/P/S: Please disregard any informative or news or gossip blogs for this post. Sebab blog informatif aku baca tak kira jantina.

Terlalu banyak

Terlalu banyak perkara yang jadi umpama "nasi sudah menjadi bubur".

Sekarang bukan masa untuk menyesal. Tapi masanya untuk berubah.

By the way, aku harapkan better future for me. For you too.
Di dunia, di akhirat. InsyaALLAH.

Oct 10, 2010

Aku tak pasti nak letak tajuk apa.

Kalau aku diberi pilihan, aku lebih suka kalau blog aku ni tak ada orang yang aku kenal tahu. Sebab kadang-kadang apa yang aku tulis tu orang lain (terutama yang dikenali) tak boleh baca. Maksudnya, aku tak nak diorang baca. Kalau macam tu, kenapa tak private kan blog kau? Ok, that's exactly why I created this blog. Sebenarnya aku ada blog lain, yang dah setahun usianya. Aku rasa bila aku nak feeling-feeling, dan rasa-rasa post tu akan jadi private, aku akan post kat sini.

"__"

Tadi tu intro je. Ni baru nak masuk cerita. Bukannya aku tak puas hati ke hapa. Tapi aku memang tak puas jantung, perut dan usus. Ok? Aku marah. Aku benci. Ahhh. Banyak betul kebencian dalam hati aku ni. Tu lah. Selalu sangat tinggal solat. Sebab tu kerja nak marah, berdendam. Ingat ye adik-adik, solat tiang agama. Bila sebut tentang hidup, aku selalu fikir. Apa tujuan aku hidup? Apa destinasi aku? Matlamat?

Tengok cara aku hidup, macam tak ada arah tuju. Semua aku tak nak buat. Semua aku malas. Bila ada peluang, aku tak nak ambil. Bila ada masalah, tak pernah cari penyelesaian. Bila ada matlamat, tak pernah sungguh-sungguh. Macam ni ke jadi manusia? Apa hasilnya?

Macam tak ada hasil kan? Lebih baik tak payah hidup kan? Entah lah. Adakah sebab aku sudah terlalu lama jauh daripada ALLAH? Adakah sebab aku terlalu lama bergelumang dengan dosa? Adakah sebab sudah terlalu lama aku buat perkara sia-sia?

Tengok movie.

Dating.

Shopping.

Makan.

Makan.

Dan makan.

Pergi kelas, tapi tak pernah fokus.

Pergi exam, tapi tak pernah kekal ilmu dalam ingatan.

Pakaian tak tutup aurat dengan sempurna.

Apa kesudahannya? Akhirat itu kan selama-lamanya. Kenapa aku tak pernah fikir tentang akhirat? Kenapa aku tak pernah bersedia untuk menghadapinya? Kenapa aku tak pernah mencari bekalan? Kenapa aku sibuk dengan internet, tengok facebook, baca blog, tengok berita yang tak ada manfaat? Kenapa aku terlalu ikut-ikut dengan perbuatan orang lain? Kenapa?

Hidup sekali. Mati sekali. Fikirlah untuk kebaikan sendiri.